Tuesday 8 November 2011

owhhh... pujaan hati

... yg paling tembam nama muhammad faris ikhwan, yang paling hensem nama muhammad faris irfan. yang gurlz tuu nama nur farah fitriah. ha.... sume tuu anak buah aku. yang paling tembam tuu tinggal dengan aku, ya allah dia laa yang paling aku sayang. sehari tak jumpa macam nk gila aku fikir dia, die berat sangat. baru 1tahun7bulan tapi berat dah mencecah 15kilo. kalau orang kurus tuu memang tak buleh angkat laa, silap hari bulan muhammad yang angkat orang tuu balik.. hahahhahahhaahha ,

i'm sick bcoz of him

… ny laa "kawan" paling lama and tak lama lagi nak jadi adik ipar kakak aku, ahahaha. Macam ape lagi, aku pernah dengan dia sekarang ny kakak aku pulak dengan abang die. Hukhukhuk, aku cite dekat kak ina(kakak ipar aku) yang aku kenal zaidi ny. Die terkejut bukan kepalang, die kata “emmm…  amp any kena sumpahan ape hah? Jd berselirat abbey.” And lepas tuu die ade Tanya aku juz kawan jer ke dengan zaidi. Aku pun mengaku laa kata kawan jer, tak sanggup gitao kata aku dengan die ade something dulu.
Selalu terfikir tentang relations aku dengan die kalau kakak aku betul kahwin dengan abang awie..(waaa… tak sanggup laa, rasa sakit jugak bile fikir balik.) I’m sick bcoz of him. Aku sayang die, tapi aku tak tahu perasaan die? Buleh tak sesiapa tolong aku macam mana nak baca perasaan seseorang. Aku takut bertepuk sebelah tangan.

Wednesday 2 November 2011

happy days

….
Hehehe, happynye hari nie. Aku ambil gambar dengan dia lepas dia tamat majlis konvo. Tak lama lagi dia nak SPM lepas tuu dah tamat sekolah. Aku harap dia Berjaya dalam SPM. Aku selalu doa, minta pada ALLAH supaya dia boleh jawab  dengan lancar exam SPM nanti.. aku nak dia sambung study and teruskan cita-cita nak jadi “guru kaunseling”. Hehe..
 awal tahun depan dia kena pergi PLKN, dia akan tinggal aku disini. Aku takut disana dia akan dapat pengganti aku, aku sedar maybe aku tak sempurna untuk dia. Dia layak dapat perempuan lagi baik dari aku. Aku rela dia pergi jika perempuan tuu dapat beri kebahgiaan lebih daripada aku bahagiakan dia. “awak,,, nanti kalau awak dah dapat pengganti  saya, awak jangan curang yer.. awak harus jujur yang awak dah ada perempuan lain. Jangan biar saya tersiksa.”


Tuesday 1 November 2011

cinta

Cinta??
Menyakitkan jika kita tak pernah tahu untuk mencari cinta yang sejati. Cinta sejati lahir daripada dua jiwa yang tulus mencintai antara satu sama lain,,
Kita sebagai manusia sesungguhnya di lahirkan memang mempunyai perasaan seperti sayang, cinta, benci, dan lain-lain. Kite menyintai seseorang dalam diam tanpa sesiapa mengetahui perasaan kita itu,hanya kita yang tahu betapa sakitnya menyintai seseorang dalam diam kerana kita tak bisa memilikinya. Kita hanya mampu menyimpan, ya ALLAH kenapa aku menyintai seorang yang tak mungkin menjadi milik aku???? Dia milik orang, aku tak bisa memilikinya, kenapa harus wujud perasaan ini.
Aduhhh sakitnya hati bila kita hanya mampu memuja dari jauh, tanpa bisa mendekati. Aku hanya bisa merindui dari jauh, hanya menatap potret tanpa bisa menyentuh wajah yang meruntun di kalbu.

tentang kehidupan...





Ingin aku rakam terima kasih ini,
                            Buat SAYANGatas waktu indah itu,
                            Buat CINTA atas kenangan manis itu,
                            Buat PENGALAMAN atas tiap-tiap perjalanan
                            Indah itu,
                            Tanpa kamu, kamu dan kamu tidak akan
                            Wujud ceritera ini,
                            Kerana yang datang bukan mahuku,
                            Yang pergi juu bukan mahumu….

                            Dulu lagi aku pernah beritahu
                            Jangan di luah apa yang dirasa,
                            Kau tahu dan aku juga tahu-kita simpan sahaja
                            Rahsia itu,
                            Kerana kita bukan lagi manusia serupa,
                            Setelah segala rahsia hati dikongsi bersama,
                            Aku bukan lagi matahari sejak kau pergi,
                            Bukan jua sinar pujaanmu,
                            Aku hanyalah alam sepi yang rindu..

Sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah…
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi  hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagai bercerung jiwa!!
Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka sering berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang yang tahu.
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci.sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau telah lama ku pilih!
Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang kau menderu usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu hanya sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang…
Kenapa harus begitu, (XXXXX)








Ku bawa hatimu ku bawa di hatiku,
Tidak pernah ku tanpanya,
Kemana ku pergi kau di sisi,
Apa jua ku lakukan, kerana itu yang kau lakukan,
Ku tidak gentar pada masa depan kerana kau masa depanku,
Ku tidak perlu dunia kerana kau dunia ku,
Disini rahsianya tiada siapa yang tahu,
petala segala langit…
kuntum segala kelopak…
tunjang segala akar sebuah kehidupan,
yang terus meninggi dari sebuah jiwa harapkan,
atau sebuah minda mampu menyembunyikan,
ajaibnya ia bisa memisahkan bintang,
anehnya ia bisa membuat bulan mengambang,
ku bawa hatimu ku bawa dihatiku…

p/s: psssst… saya sudah ada jawapannya



selendang sutera sudah tersingkap,
wajah bersihmu disapu air jernih dari kolam mata redupmu,
doaku agar akad ini akan terus kekal hingga ke syurga….
Di ufuk biru, rahmat-MU menebar ke segenap horizon,
Ya ALLAH bawalah cinta kami memanjat tangga
Mawaddah-MU
Agar ikatan kami bersemayam bersama reda-MU…


                  

dia...





Dia….
 Hmm seorang yang tak pernah aku terfikir untuk aku sayang dia.. aku sayang dia dah lama. Hampir sepuluh tahun, rasa macam tak percaya aku boleh sayang seseorang dalam satu jangka masa yang lama… hmm aku dengan dia tak pernah sekepala. Ingin hidup di samping dia. Tapi aku tahu itu hanya angan-angan yang tak mungkin terjadi. Aku sebenarnya benci lelaki yang sama spesis macam dia ni. Tapi dia… aku tak pernah benci, malah makin hari perasaan sayang tuu makin kuat.
Aku tak boleh cintakan dia.. aku hanya mampu sayang dia dari jauh, aku mampu lihat dia dari jauh.. aku tak ubah macam peminat misteri dia. Tiap malam aku akan fikir tentang dia sebelum aku hanyut dalam tidur..
Dia ni nak kata baik? tak baik pun, nak kata soleh? memang tak arr,,, perangai kalah nataiys(syaitan), nak kata pandai? boleh laa, nak kata ada kerja elok? hampeh, jauh panggang dari api, nak kata hensem? boleh tahan laa, siapa yang tengok tuu boleh cair kutt,.. dia tuu masya-ALLAH naughty gila. Kalau orang yang kenal dia memang tak kan kata dia tuu baik.
Dia ni umur jer dah matang tapi pemikiran dia belum matang lagi. Macam budak-budak.. ya ALLAH., boleh sewel siapa couple dengan dia. Hahahahahaha.. jahat pulak aku ni dok kutuk dia.. tapi apa-apa pun aku sayang dia jugak walaupun dia tuu XXXX… hehehe

bermulanya kisah aku d sini....




Aku dan mamat ni tak pernah berkawan sebaliknya kami terus couple. Sebelum couple, mamat ni ada suruh kawan dia sampaikan salam perkenalan tetapi aku tolak sebab aku dah ada “kawan”. Seminggu selepas tu aku bertanyakan kawan-kawan tentang mamat ni, macam mana rupa mamat ni, perangai  mamat ni macam mana. Lepas aku pasti semua tentang mamat ni, aku mula contact dia. Aku dapat number mamat ni dari kawan aku. Aku mula mesej mamat dengan ayat nie “sombong”. Lepas tu tiap kali terjumpa mesti kami lawan berbalah. Sombong tuu memang dah wajib terkeluar dari mulut kitorang. Hahahahaha, bile fikir balik kekadang lucu pulak. Dulu mula couple tak pernah aku setia, tapi lama-lama aku sedar yang aku begitu sayangkan mamat ni. Mamat ni ajar aku erti setia, kasih sayang dan cinta. Kami bahagia walaupun ada masalah yang menimpa. Aku tak mampu nak terjemahkan macam mana rasa sayang aku kat mamat ni, dia segalanya bagi aku, dia dunia aku, dia nyawa aku dan segalanya. Hanya ALLAH saja yang tahu betapa aku sayangkan mamat ni. Kami sering bergaduh, masing-masing dengan ego. Ego dia terlampau tinggi sampai satu tahap aku terpaksa rendahkan ego aku supaya aku boleh terus bersabar. Aku tanamkan rasa sabar untuk terus kekal sampai sekarang .
Aku nak hubungan ni bermula dari sekarang dan kekal hingga akhirat. Aku nak bahagia dengan dia, aku terlalu sayangkan dia, tetapi aku tak pernah pasti perasaan dia terhadap aku. Bila marah dia pernah kata “kalau dah tak tahan sangat aku cari lain laa nanti”. Dia pernah terfikir tak perasaan aku macam mana masa tu.. rasa luluh sangat, hanya ALLAH saja yang tahu perasaan aku ketika itu. Aku rasa macam dah tak nak teruskan hubungan kami sebab aku takut dia curang sedangkan dalam hidup, aku hanya harap dia boleh sayang aku seorang jer. hanya aku!! tak ada perempuan lain. Aku sayang perhubungan ni.
3 tahun kami bersama macam-macam pekara kami lalui. Aku tak pernah sekali pun benci dia. Mungkin aku selalu kata “aku benci dia, aku tak nak hidup dengan dia lagi” tapi sebenarnya aku tak pernah ada niat itu. Jauh di lubuk hati aku, aku hanya sayang. Dalam hati aku hanya ada dia, dia kekasih awal dan terakhir aku. Aku tak nak lelaki lain aku nak dia.. AWAK SAYA NAK AWAK. AWAK JANGAN TINGGAL SAYA YER?!!!!
sejak dari tarikh keramat ni 14.1.2009, aku mula tahu macam mana nak nangis bila kena tinggal, tahu macam mana rasa kecewa. Aku sanggup terima dia walaupunpada awal perhubungan kami dia curang. Saat tuu aku kecewa sangat tapi dia boleh merawat kekecewaan di hati aku. Macam mana aku marah dia pun aku akan tetap rasa happy selepas tuu sebab dia boleh buat aku happy sekelip mata. Walaupun dia tak pandai mengayat macam lelaki lain tapi aku tetap terhibur dengan dia.
Dia tak sekacak mana pun tapi dia pilihan aku. Dia ada ciri-ciri yang aku mahukan. MOHD HAFIZUL AZALI awak cinta hati saya sampai bila-bila.
“YA ALLAH JIKA DIA UNTUKKU KEKALKANLAH HUBUNGAN INI SAMPAI AKHIRAT SEBAB AKU TAK PERNAH MINTA UNTUK KAMI BERPISAH”