Aku dan mamat ni tak pernah berkawan sebaliknya kami terus couple. Sebelum couple, mamat ni ada suruh kawan dia sampaikan salam perkenalan tetapi aku tolak sebab aku dah ada “kawan”. Seminggu selepas tu aku bertanyakan kawan-kawan tentang mamat ni, macam mana rupa mamat ni, perangai mamat ni macam mana. Lepas aku pasti semua tentang mamat ni, aku mula contact dia. Aku dapat number mamat ni dari kawan aku. Aku mula mesej mamat dengan ayat nie “sombong”. Lepas tu tiap kali terjumpa mesti kami lawan berbalah. Sombong tuu memang dah wajib terkeluar dari mulut kitorang. Hahahahaha, bile fikir balik kekadang lucu pulak. Dulu mula couple tak pernah aku setia, tapi lama-lama aku sedar yang aku begitu sayangkan mamat ni. Mamat ni ajar aku erti setia, kasih sayang dan cinta. Kami bahagia walaupun ada masalah yang menimpa. Aku tak mampu nak terjemahkan macam mana rasa sayang aku kat mamat ni, dia segalanya bagi aku, dia dunia aku, dia nyawa aku dan segalanya. Hanya ALLAH saja yang tahu betapa aku sayangkan mamat ni. Kami sering bergaduh, masing-masing dengan ego. Ego dia terlampau tinggi sampai satu tahap aku terpaksa rendahkan ego aku supaya aku boleh terus bersabar. Aku tanamkan rasa sabar untuk terus kekal sampai sekarang .
Aku nak hubungan ni bermula dari sekarang dan kekal hingga akhirat. Aku nak bahagia dengan dia, aku terlalu sayangkan dia, tetapi aku tak pernah pasti perasaan dia terhadap aku. Bila marah dia pernah kata “kalau dah tak tahan sangat aku cari lain laa nanti”. Dia pernah terfikir tak perasaan aku macam mana masa tu.. rasa luluh sangat, hanya ALLAH saja yang tahu perasaan aku ketika itu. Aku rasa macam dah tak nak teruskan hubungan kami sebab aku takut dia curang sedangkan dalam hidup, aku hanya harap dia boleh sayang aku seorang jer. hanya aku!! tak ada perempuan lain. Aku sayang perhubungan ni.
3 tahun kami bersama macam-macam pekara kami lalui. Aku tak pernah sekali pun benci dia. Mungkin aku selalu kata “aku benci dia, aku tak nak hidup dengan dia lagi” tapi sebenarnya aku tak pernah ada niat itu. Jauh di lubuk hati aku, aku hanya sayang. Dalam hati aku hanya ada dia, dia kekasih awal dan terakhir aku. Aku tak nak lelaki lain aku nak dia.. AWAK SAYA NAK AWAK. AWAK JANGAN TINGGAL SAYA YER?!!!!
sejak dari tarikh keramat ni 14.1.2009, aku mula tahu macam mana nak nangis bila kena tinggal, tahu macam mana rasa kecewa. Aku sanggup terima dia walaupunpada awal perhubungan kami dia curang. Saat tuu aku kecewa sangat tapi dia boleh merawat kekecewaan di hati aku. Macam mana aku marah dia pun aku akan tetap rasa happy selepas tuu sebab dia boleh buat aku happy sekelip mata. Walaupun dia tak pandai mengayat macam lelaki lain tapi aku tetap terhibur dengan dia.
Dia tak sekacak mana pun tapi dia pilihan aku. Dia ada ciri-ciri yang aku mahukan. MOHD HAFIZUL AZALI awak cinta hati saya sampai bila-bila.
“YA ALLAH JIKA DIA UNTUKKU KEKALKANLAH HUBUNGAN INI SAMPAI AKHIRAT SEBAB AKU TAK PERNAH MINTA UNTUK KAMI BERPISAH”

No comments:
Post a Comment