Tuesday, 1 November 2011

tentang kehidupan...





Ingin aku rakam terima kasih ini,
                            Buat SAYANGatas waktu indah itu,
                            Buat CINTA atas kenangan manis itu,
                            Buat PENGALAMAN atas tiap-tiap perjalanan
                            Indah itu,
                            Tanpa kamu, kamu dan kamu tidak akan
                            Wujud ceritera ini,
                            Kerana yang datang bukan mahuku,
                            Yang pergi juu bukan mahumu….

                            Dulu lagi aku pernah beritahu
                            Jangan di luah apa yang dirasa,
                            Kau tahu dan aku juga tahu-kita simpan sahaja
                            Rahsia itu,
                            Kerana kita bukan lagi manusia serupa,
                            Setelah segala rahsia hati dikongsi bersama,
                            Aku bukan lagi matahari sejak kau pergi,
                            Bukan jua sinar pujaanmu,
                            Aku hanyalah alam sepi yang rindu..

Sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah…
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi  hati. Kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagai bercerung jiwa!!
Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka sering berkongsi cerita. Namun rahsianya hanya aku seorang yang tahu.
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci.sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku memilihmu, padahal kau telah lama ku pilih!
Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang kau menderu usung segala beban ke gigi pantai. Singgahmu hanya sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang…
Kenapa harus begitu, (XXXXX)








Ku bawa hatimu ku bawa di hatiku,
Tidak pernah ku tanpanya,
Kemana ku pergi kau di sisi,
Apa jua ku lakukan, kerana itu yang kau lakukan,
Ku tidak gentar pada masa depan kerana kau masa depanku,
Ku tidak perlu dunia kerana kau dunia ku,
Disini rahsianya tiada siapa yang tahu,
petala segala langit…
kuntum segala kelopak…
tunjang segala akar sebuah kehidupan,
yang terus meninggi dari sebuah jiwa harapkan,
atau sebuah minda mampu menyembunyikan,
ajaibnya ia bisa memisahkan bintang,
anehnya ia bisa membuat bulan mengambang,
ku bawa hatimu ku bawa dihatiku…

p/s: psssst… saya sudah ada jawapannya



selendang sutera sudah tersingkap,
wajah bersihmu disapu air jernih dari kolam mata redupmu,
doaku agar akad ini akan terus kekal hingga ke syurga….
Di ufuk biru, rahmat-MU menebar ke segenap horizon,
Ya ALLAH bawalah cinta kami memanjat tangga
Mawaddah-MU
Agar ikatan kami bersemayam bersama reda-MU…


                  

No comments:

Post a Comment